AKTIVITI LSBIM [14] — 14 Feb 2023
Kunjungan Hormat ke Talent Corporation Malaysia Berhad (Bahagian MyXPats)
Petaling Jaya, 14 Februari 2023 - Kunjungan Hormat ke Talent Corporation Malaysia Berhad, Bahagian MyXPats bagi membincangkan perkhidmatan yang disediakan seperti perkhidmatan pas pekerjaan yang dipecahkan kepada 3 bahagian serta perkhidmatan pas lawatan professional yang ditawarkan kepada bakat asing yang mempunyai kemahiran professional.
Selain daripada itu, kunjungan hormat ini juga bertujuan untuk mengetengahkan inisiatif-inisiatif TalentCorp dalam menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan mengikut kaedah terkini seperti permohonan secara atas talian bagi memudahkan urusan pemohon.
Kunjungan hormat ini disambut baik oleh YBrs. Tuan Sathiamurthi Ratnam, Ketua Bahagian Pengurusan Perhubungan Pelanggan, Tuan Asyraful Munzir Ar Alhan bersama wakil dari TalentCorp. Semoga kunjungan hormat ini dapat memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu LSBIM dan TalentCorp dalam meningkatkan bakat yang berkualiti di Malaysia.
#LSBIM #TalentCorp #MyXPats #kunjunganhormat