LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM

AKTIVITI LSBIM [15] — 14 MAC 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemerkasaan Pengurusan Pentadbiran Eksekutif Kali Ke-1

KUALA LUMPUR, 14 MAC 2023 – Pertubuhan Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia (LSBIM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemerkasaan Pengurusan Pentadbiran Eksekutif Kali Ke-1 bertempat di Hotel Swiss Garden, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Presiden Kebangsaan LSBIM, YBhg Dr. CM Kong dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan ahli-ahli yang hadir di mesyuarat ini.

Dr. CM Kong mengucapkan rasa syukur kerana LSBIM berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti dan program sepanjang awal tahun 2022 sehingga kini seperti mengadakan kunjungan hormat ke beberapa badan kerajaan Malaysia dan luar negara, majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama syarikat-syarikat di Malaysia, program pembangunan insaniah, program pendidikan dan lain-lain serta mampu mengadakan mesyuarat ahli lembaga tertinggi pada setiap suku tahun.

Pengisian program yang bersifat ilmiah, Dr. CM Kong menekankan tentang visi, misi, dan matlamat persatuan LSBIM diwujudkan bagi menerapkan sifat kerohanian, kebajikan, kekeluargaan dan kesihatan yang mampu memberi impak positif kepada semua ahli. Visi LSBIM adalah meneliti, mengumpul, dan memaksimumkan penggunaan data, dasar, dan undang-undang dalam kepentingan pekerjaan bagi seluruh industri di Malaysia manakala Misi LSBIM adalah untuk membangunkan dan memampankan kesejahteraan ekonomi pekerja, penyedia pekerjaan, dan masyarakat dengan memupuk kecemerlangan dalam program pendidikan kepenggunaan dan perdagangan.

Selain itu, diadakan Majlis Menandatangani Perjanjian LSBIM untuk kali pertama bagi seluruh Ahli Jawatankuasa Lembaga LSBIM yang disaksikan dan dirasmikan oleh YBhg. Dr. CM Kong. Beliau menyarankan kepada semua Ahli Jawatankuasa Lembaga untuk menyumbangkan cadangan dan idea bukan sahaja untuk kepentingan bahagian masing-masing malah untuk menambahbaikan pertubuhan LSBIM juga.

Dr. CM Kong berasa bangga kepada ahli LSBIM kerana dalam kesibukan tugas rasmi di dalam perniagaan masing-masing tetapi masih memberi ruang masa kepada LSBIM. Ujarnya, tanpa kesepakatan semua pihak mana mungkin LSBIM dapat bergerak seperti sekarang kerana keikhlasan hati seharusnya menjadi amalan setiap Ahli Jawatankuasa Lembaga dalam melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan.

Dr. CM Kong turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua barisan Ahli Jawatankuasa Lembaga yang terlibat kerana bersama-sama menghadiri dan menjayakan mesyuarat pada kali ini.

BARISAN AHLI JAWATANKUASA LEMBAGA LSBIM

Baris Pertama dari hadapan sebelah kiri (Ahli Lembaga Pengarah):
Naib Setiausaha Agung
: Tuan Dylan Ng Heong Yoong
Naib Presiden Kebangsaan: Puan Alice Wong Kim Yoke
Presiden Kebangsaan: Dr. CM Kong
Bendahari Kehormat: Puan Ginnie Liaw

Baris Kedua dari hadapan sebelah kiri (Ahli Jawatankuasa Lembaga):
Ketua Bahagian Kesihatan & Rehabilitasi
: Dato’ Dr. Jeals Tan Chee Hou
Ketua Bahagian Pelaburan: Puan Vivienne Loh Shean Choo
Ketua Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi: Tuan Desmond Chen Siang Thien
Ketua Bahagian Pembangunan Wanita: Puan Linda
Ketua Bahagian Pembangunan e-Dagang: Tuan David Ooi Kok Tong
Ketua Bahagian Pentadbiran dan Sokongan: Puan Shafiennawanie Mohamad Faisal

Baris Ketiga dari hadapan sebelah kiri (Ahli Jawatankuasa Lembaga):
Ketua Bahagian Pendidikan
: Tuan Lim Yi Jun
Ketua Bahagian Tabung R&D: Tuan Jeno Lim Jun Horng
Ketua Bahagian Geran & Pinjaman: Tuan William Siow Wien Liang
Ketua Bahagian Pembuatan: Tuan Foo Yaw Cheen
Ketua Bahagian Pembinaan: Tuan Ir. Leong Mun Yew
Ketua Bahagian Cawangan: Tuan Chai Chuan Fook
[1] Sesi Perkenalan dan Rangkaian antara Ahli Jawatankuasa Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia.
[2] Dr. CM Kong, Presiden Kebangsaan LSBIM menyampaikan ucapan di mesyuarat tersebut.
[3] Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemerkasaan Pengurusan Pentadbiran Eksekutif Kali Ke-1 bersidang.

[4] Majlis Menandatangani Perjanjian LSBIM untuk kali pertama bagi seluruh Ahli Jawatankuasa Lembaga LSBIM
[5] Ahli Jawatankuasa Lembaga mengangkat Sumpah dan Aku Janji.
[6] Sesi perbincangan menghasilkan cadangan dan idea bagi setiap Bahagian Jawatankuasa Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia.
[7] Ahli Jawatankuasa Lembaga LSBIM merakamkan gambar kenang-kenangan di akhir mesyuarat.