AKTIVITI LSBIM [17] — 4 Apr 2023
Kunjungan Hormat ke Kementerian Sumber Manusia (MOHR)
Putrajaya, 4 April 2023 - Kunjungan Hormat ke Kementerian Sumber Manusia yang diadakan di Pejabat Timbalan Menteri Sumber Manusia, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Parlimen Malaysia.
Dr. CM Kong mewakili Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia (LSBIM) bersama Wakil dari Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Sumber Manusia bagi mengetengahkan isu-isu semasa yang berkaitan pengguna dan sumber manusia.
Kunjungan hormat ini disambut baik oleh YB. Mustapha @ Mohd Yunus Bin Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Tuan Ahmad Farid Sainuri, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Timbalan Menteri Sumber Manusia serta wakil dari KSM. Semoga isu dan perbincangan yang dibentangkan dapat membuahkan hasil dan memberi manfaat yang baik untuk para pengguna di Malaysia.
#LSBIM #MTPN #KSM #kunjunganhormat