LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM

AKTIVITI LSBIM [18] — 10 Apr 2023

Kunjungan Hormat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Kuala Lumpur, 10 April 2023 - Kunjungan Hormat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi pendedahan kepada ahli lembaga tentang pengetahuan mengenai jenayah-jenayah rasuah di Malaysia melalui program "Taklimat & Dialog Antirasuah bersama Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia".

Tambahan lagi, kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian penuh berkaitan anti rasuah mengenai sumber bakat, pemerdagangan manusia, proses penangkapan serta prosiding penyiasatan yang dijalankan oleh pihak SPRM. Pihak LSBIM juga diberi peluang untuk melawat bilik temuduga, bilik lokap dan bilik kawad cam bagi kes-kes jenayah rasuah di SPRM.

Bukan itu sahaja, Pihak LSBIM juga berkesempatan memberi sedikit perkongsian mengenai latar belakang LSBIM dan penerangan berkaitan program - program yang telah dijalankan. Kunjungan hormat ini disambut baik oleh YBrs. Tuan Cheong bersama wakil-wakil dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Semoga program integriti dan antirasuah yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan baik sekaligus dapat bekerjasama rapat dengan pihak SPRM dalam menyebarkan kesedaran akan jenayah rasuah serta akibatnya kepada seluruh rakyat Malaysia.

#LSBIM #LembagaSumberBakatIndustriMalaysia #SuruhanjayaPencegahanRasuahMalaysia #SPRM #kunjunganhormat #malaysiamadani

..