LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM


AKTIVITI LSBIM [19] — 28 APR 2023

Program “Protection of Employer’s Right, Legalities, and Implications” 

Johor Bahru, 28 April 2023 - Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia Melalui Bahagian Pendidikan, Exco Eksekutif Dalaman telah melaksanakan program “Protection of Employer’s Right, Legalities, and Implications” bagi memberi pendedahan kepada majikan dan pekerja berkaitan pindaan akta kerja 1955.

Program perkongsian ilmu yang diadakan di KSL Resort Hotel pada 28 April 2023, Jumaat yang lalu ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari majikan dan pekerja di seluruh Malaysia.
Program ini diketuai oleh Perunding Sumber Manusia, Tuan Sean Lee dari InTalent Consulting Sdn. Bhd., sebagai penceramah bagi seminar berkaitan akta kerja (pindaan) 1955. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sumber manusia. Menurut Tuan Sean Lee, program ini perlu diadakan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para majikan dan pekerja tentang pengurusan sumber manusia yang melibatkan akta kerja (pindaan) 1955.

Program tersebut juga bertujuan memberi ruang dan peluang kepada para majikan dan pekerja untuk berinteraksi dan berkongsi ilmu serta pengalaman yang dialami oleh mereka dalam menguruskan sumber manusia di syarikat masing-masing.

Bukan itu sahaja, turut berlangsung majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia dengan syarikat-syarikat tempatan sebagai simbolik kepada hasrat kerjasama demi meningkatkan kualiti pengurusan serta mewujudkan pekerjaan dengan lebih baik. Berikut adalah syarikat-syarikat yang telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan LSBIM;

1. InTalent Consulting Sdn. Bhd.
2. Scorpion Technology Group 6786 Sdn. Bhd.
3. Descomm Sdn. Bhd.
4. Grand Care Rehab (M) Sdn. Bhd.

LSBIM berharap penganjuran program sebegini dapat diteruskan lagi memandangkan ianya penting dalam mengawal hubungan antara majikan dan pekerja di sektor swasta kerana akta kerja 1955 mengandungi peruntukan mengenai hak-hak pekerja dan standard minimum penggajian.

𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
#lsbim #lembagasumberbakatindustrimalaysia #program #kempen #aktakerja #mou #kerjasama