LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM


AKTIVITI LSBIM [20] β€” 21 Mei 2023

Majlis β€œHari Literasi Digital Johor” 

Johor Bahru, 21 Mei 2023- Bersempena dengan majlis perasmian Hari Literasi Digital Johor yang disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tuan Noorman bin Kamsani, Timbalan Setiausaha Agung merangkap Yang di-Pertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Negeri Johor, Pihak Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia (LSBIM) ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada para peserta, ibu bapa, dan tetamu kehormat yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada hari kejadian.

Majlis perasmian yang diadakan di Wisma PERKESO, Johor Bahru berlangsung dengan cukup baik dan meriah dengan kehadiran tetamu jemputan seperti Ahli Jawatankuasa MTPN, ahli Jawatankuasa LSBIM, ahli-ahli A.I.T.I serta ahli-ahli M.E.I. Tambahan lagi, seramai 11 orang pelajar dari tahap menengah dan pengajian tinggi mengikuti pertandingan akhir Literasi Digital Johor yang dianjurkan oleh International Certification of Digital Literacy (ICDL) Asia dengan kerjasama D.E.W Technology Sdn. Bhd. demi meningkatkan kesedaran dan bakat digital dalam penggunaan teknologi yang bertaraf antarabangsa.

Dr. CM Kong didalam ucapannya berkata "Generasi muda merupakan pelajar yang mudah menerima perubahan dan lebih terbuka. Penguasaan dalam bidang digital berasaskan kepada keperluan pelajar kerana mereka lebih suka kepada perkara baharu dan segar." Tuan Noorman bin Kamsani juga bersetuju dimana didalam ucapannya menyatakan "Dek kerana pelajar merupakan modal insan dan aset negara, galakan awal untuk mereka mendalami kemahiran ini adalah amat penting."

Agenda majlis ini turut diisi dengan ucapan pembukaan serta perkongsian berkaitan ICDL dari Tuan Nigel Ngiam Kee Kiat, Pengurus Pembangunan Pemasaran, ICDL Asia. Disamping itu, PERKESO, yang juga merupakan penaja utama bagi majlis perasmian ini, diwakili oleh Cik Norhaniza binti Kersani, berkesempatan untuk memberikan sedikit penerangan dan ceramah berkaitan skim-skim PERKESO seperti Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). Bukan itu sahaja, para hadirin juga turut disajikan dengan pembentangan daripada Tuan Desmond Lee Yong Meng mewakili Asia Information Technology Certified Institute (A.I.T.I) serta Tuan Calvin Wan Wai Keat yang mewakili Meta Entrepreneur International (M.E.I).

Diakhir majlis, penyampaian hadiah seperti piala, sijil dan wang tunai diadakan bagi menghargai kerja keras para peserta. Penyampaian cenderamata dan penghargaan juga diadakan bagi menyanjungi penceramah dan tetamu kehormat yang hadir.

Tidak dilupakan kepada pengerusi majlis dan urusetia majlis, Puan Shafiennawanie, Puan Ginnie Liaw, Puan Angel, Cik Dhivyatharshini dan lain-lain yang juga bertungkus lumus dalam menjayakan majlis perasmian Hari Literasi Digital Johor pada kali ini.

Semoga program ini dapat dijadikan sebagai program tahunan demi mencapai matlamat negara dalam menuju revolusi industri 4.0

πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ
ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ π”ππ“π”πŠ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

#LSBIM #lembagasumberbakatindustrimalaysia #MTPNJohor #ICDLAsia #DEWTechnology #PERKESO #hariliterasidigitaljohor