LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM

AKTIVITI LSBIM [23]— 24-25 Jun 2023

Sukan Badminton | Just In Badminton Cup 2023

JOHOR BAHRU, 24-25 JUN 2023 - Berlangsungnya Pertandingan Kejohanan Badminton bagi Piala Junior yang telah diadakan di Just In Sport Centre, Johor Jaya semalam.

Beberapa kategori yang dipertandingkan dibawah Piala Junior termasuklah kategori berseorangan campuran, berseorangan perempuan, berseorangan lelaki dan beregu lelaki telah mendapat sambutan hangat daripada pemain badminton yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar kawasan Johor Bahru. Pengarah program, Tuan Justin Lee Long Yeh, yang juga merupakan Ketua Bahagian Malaysia Selatan, Bahagian Belia & Sukan LSBIM, berasa bangga dengan semangat peserta badminton yang hadir dan berkata pertandingan ini secara tidak langsung membuka peluang kepada lebih ramai bakat dilahirkan serta berkemungkinan besar mampu menjadi pelapis yang bagus buat pasukan kebangsaan.

Majlis penyampaian hadiah dan perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. CM Kong, Presiden Kebangsaan LSBIM dan beliau mengucapkan tahniah kepada penganjur utama dan seluruh tenaga pengajar kerana berjaya mengadakan pertandingan kejohanan badminton yang cukup bertenaga ini. Semoga pertandingan seperti ini dapat dijadikan sebagai aktiviti tahunan bagi mewujudkan lebih banyak kejohanan di peringkat komuniti dengan harapan dapat mencungkil lebih ramai bakat baharu buat skuad kebangsaan. Ini adalah kerana Malaysia adalah salah satu gergasi badminton dunia sejak zaman Datuk Misbun Sidek, anak-anak Sidek, Datuk Lee Chong Wei dan sekarang Lee Zii Jia.

Turut hadir, Puan Ginnie Liaw, Bendahari Kehormat LSBIM dan Tuan Tee Yen Chong, Ahli Lembaga Tertinggi LSBIM, bagi memeriahkan lagi Pertandingan Piala Kejohanan Badminton Just In bagi tahun 2023 ini.

#LSBIM #Lembagasumberbakatindustrimalaysia #JustInBadmintonCup #JustinBadmintonCourt #JohorJaya #Sukan #Badminton

..