LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM

AKTIVITI LSBIM [24]— 14 Jul 2023

Sesi Perkongsian Subsidi Kerajaan 2023

JOHOR BAHRU, 14 JULAI 2023 - Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia diwakili oleh Tuan William Siow, Ketua Bahagian Sektor Perkhidmatan, Bahagian Geran dan Pinjaman, telah menjadi tetamu kehormat di majlis perhimpunan pertengahan tahun JCI Johor Bahru. Majlis Perhimpuan pertengahan tahun JCI Johor Bahru yang bertemakan 80-90'an telah berjalan dengan lancar dan penuh meriah.

Bukan itu sahaja, wakil LSBIM, Tuan William Siow juga berkesempatan untuk berkongsi maklumat berkenaan geran dan pinjaman kerajaan 2023, dimana sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada usahawan tentang bagaimana subsidi ini boleh membantu perniagaan mereka untuk berubah dan berkembang.

Pihak LSBIM ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak JCI Johor Bahru kerana sudi menjemput wakil LSBIM untuk memberi sedikit perkongsian berkenaan geran dan pinjaman kerajaan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ahli-ahli JCI serta umum. Semoga terus maju jaya.

#lsbim #lembagasumberbakatindustrimalaysia #JCI #JCIJohorBahru

..