LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM

AKTIVITI LSBIM [26] — 7-8 Sep 2023

Seminar di Johor Bahru

Johor Bahru, 07 - 08 September 2023 – Satu program ilmiah telah diadakan selama 2 hari bertempat di KSL Resort Hotel, Johor Bahru. Program yang bertajuk “Ensuring HR Compliance Excellence: Strategies for EPF, SOCSO & Income Tax Compliance” bagi hari pertama dan “The Art of Disciplinary Action: Strategies for Addressing Misconduct & Dismissal” bagi hari kedua telah diketuai oleh Ketua Bahagian Swasta, Bahagian Pendidikan LSBIM, Tuan YJ Lim. Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada majikan dan pekerja berkaitan pematuhan sumber manusia serta cabaran yang dihadapi dalam jabatan sumber manusia dan cara untuk mengatasinya.

Program ini disampaikan oleh penceramah hebat yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang sumber manusia, Tuan Sean Lee dari InTalent Consulting Sdn. Bhd. yang juga merupakan Ahli Korporat LSBIM. Beliau mengatakan program ini amat penting bagi mengenalpasti punca dan masalah tatatertib pekerja ditempat kerja serta memberi pendekatan terbaik untuk meminimumkan masalah tersebut. Bukan itu sahaja, program ini amat penting bagi mengasah bakat pekerja dari jabatan sumber manusia terutamanya serta memberi kesedaran terhadap majikan berkenaan pematuhan sumber manusia.

Program tersebut juga bertujuan memberi ruang dan peluang kepada para majikan dan pekerja untuk berinteraksi dan berkongsi ilmu serta pengalaman yang dialami oleh mereka dalam menguruskan sumber manusia di syarikat masing-masing.

𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
#lsbim #lembagasumberbakatindustrimalaysia #program #kempen #aktakerja #mou #kerjasama

..