LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM

AKTIVITI LSBIM [27] —20 Okt 2023

Seminar 'REIZE THE LOW COST FUNDING'

JOHOR BAHRU, 20 OKTOBER 2023 - 'REIZE THE LOW COST FUNDING', satu program yang memperkenalkan program program penjanaan pembiayaan kos rendah. Perasmian program ini telah diadakan pada 20 Oktober 2023 (JUMAAT), Bertempat di Xin Wan Chat Restaurant, Johor dan dirasmikan oleh Tuan Chang Swee Meng, Ahli majlis, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Jutaa terima kasih juga kepada Encik Nazim bin Tajuddin, Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang meluangkan masa untuk menghadiri program ini. Tujuan program di adakan bagi membantu para usahawan mendapatkan maklumat berkaitan untuk bantuan dana yang ditawarkan oleh bank tempatan.

Inisiatif ini memberi peluang kepada para usahawan untuk membuka minda mereka untuk berkembang dan bersaing dalam pasaran yang semakin mencabar. Ini juga dapat meningkatkan akses kepada pembiayaan, ia juga merancang pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan di seluruh negara. Selain daripada bantuan dana yang disediakan oleh bank tempatan. Kerajaan juga menyediakan insentif - insentif lain seperti bantuan geran yang boleh dimohon oleh para usahawan. Geran ini bertujuan untuk menyokong projek - projek yang penting untuk pertubuhan ekonomi, penyelidikan dan pembangunan, serta aspek aspek sosial. Semasa program dilangsungkan juga telah terdapat sesi menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dan juga Corporate Social Responsibility (CSR) dengan beberapa syarikat yang terlibat dalam program ini.

Kesimpulannya, perasmian program penjanaan pembiyaan kos rendah ini adalah langkah penting ke arah pembangunan ekonomi dan sosial yang mampan. Program ini dapat membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya.

MALAYSIA MADANI
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

#LSBIM #mou #CSR #Program #penjanaanPembiayaankosRendah
..