LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM

AKTIVITI LSBIM [28]— 22 Okt 2023

"PINKARNIVAL 2023" untuk Kesedaran Kanser Payudara

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2023 - 'PINKARNIVAL' - satu program untuk memberi kesedaran tentang bahaya kanser payudara kepada masyarakat. Program ini bertempat di KL Wellness City Bukit Jalil, pada 22 Oktober 2022 (AHAD) yang disempurnakan oleh Puan Linda,Ketua Bahagian Malaysia Tengah, Bahagian Pembangunan Wanita (LSBIM), Yang Berbahagia YB Theresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dan Yang Berusaha Jezzlyn Siu Cia Yee, Organizing Chairlady for Pinkarnival 2023 (Founder & Director for Sonobee Ultrasound).Pihak Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia (LSBIM) ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 36 Pinkpower Ambassadors, Rakan-rakan NGO, Rakan-rakan media, dan tetamu terhormat yang sudi ,meluangkan masa untuk hadir pada hari kejadian. Kami juga ingin berterima kasih kepada Medicap, penaja utama yang telah memberi sokongan penuh untuk acara ini.

Pinkarnival adalah satu program yang meraikan semangat perjuangan dan ketahanan wanita yang telah menghadapi kanser payudara dan mengingatkan semua wanita tentang kepentingan pemantauan kesihatan payudara. Pinkarnival bukan hanya tentang membincangkan masalah kesihatan yang serius, tetapi juga tentang mengingatkan wanita bahawa mereka tidak bersendirian dalam perjuangan ini. Ia adalah salah satu program untuk mendekati, memberi sokongan, dan mengukuhkan hubungan antara pesakit, penjaga dan masyarakat secara keseluruhan.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang bersesuaian untuk seluruh keluarga telah dilangsungkan semasa program ini dijalankan. Aktiviti-aktiviti tersebut termasuk pertandingan seni bra, pertandingan runway catwalk barbie, pertandingan mewarna kesihatan dan keamanan, persembahan violin oleh pakar Jessica Loo, perkongsian pakar daripada Dr. See dari UMMC, perkongsian mengenai kisah hidup pesakit kanser payudara daripada Makna, zumba oleh Izabella Ho, serta gerai kidpreneur. Kesemua aktiviti ini adalah bertujuan untuk menyebarkan kesedaran tentang kanser payudara bermula dari peringkat muda.

Pinkarnival adalah sebuah program yang tidak hanya mengingatkan masyarakat akan bahaya kanser payudara, tetapi juga meraikan kekuatan dan ketahanan wanita dalam menghadapinya. Ia adalah panggilan kepada tindakan untuk pencegahan, pemantauan , dan penyelidikan supaya kita dapat terus berjuang untuk mengekang bahaya kanser payudara.

MALAYSIA MADANI
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


#lsbim #LSBIM #womenEnpowernent #ma