LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA
Aktiviti-Aktiviti LSBIM
AKTIVITI LSBIM [29] β 12 DIS 2023
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemerkasaan Pengurusan Pentadbiran Eksekutif Kali Ke-4
JOHOR BAHRU, 12 DIS 2023 - Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemerkasaan Pengurusan Pentadbiran Eksekutif Kali Ke-4 telah usai dijalankan dengan lancar yang bertempat di Forest City, Johor Bahru.
Presiden Kebangsaan LSBIM, YBhg Dr. CM Kong mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa lembaga yang hadir ke mesyuarat terutamanya bagi ahli jawatankuasa lembaga yang baru. Beliau juga berasa bangga kepada ahli LSBIM kerana dalam kesibukan tugas rasmi di dalam perniagaan masing-masing tetapi masih ada ruang untuk mesyuarat LSBIM ini. Selain itu, Beliau juga berterima kasih dengan kerjasama dari pihak Forest City dalam menyediakan kemudahan yang lengkap sepanjang mesyuarat jawatankuasa khas ini berlangsung.
Mengulas lanjut, Naib Presiden Kebangsaan LSBIM, Puan Alice Wong Kim Yoke berkata, mesyuarat ini dapat menjadi platform baik dalam mengetengahkan idea, masalah dan penyelesaian selain menyatupadukan pendapat antara ahli jawatankuasa lembaga dalam memperkasakan matlamat LSBIM.
Antara topik yang dibincangkan semasa mesyuarat berlangsung adalah berkaitan target LSBIM pada tahun 2024, yang terdiri daripada pelbagai aktivit-aktivit yang sangat bermakna salah satunya seperti melawat agensi kerajaan bersama ahli LSBIM untuk meningkatkan lagi Pengetahuan Ahli LSBIM . Tak lupa juga tentang Program Verify Pro yang akan dijalan oleh LSBIM. Program ini adalah bertujuan untuk menyediakan platform pengesahan yang cekap dan boleh dipercayai yang meningkatkan kepercayaan dan keselamatan dalam interaksi digital. Berdedikasi untuk menyampaikan penyelesaian mesra pengguna yang memperkasakan individu dan organisasi untuk mengesahkan identiti dan maklumat dengan yakin. Semasa Mesyuarat telah berlangsung juga satu sesi kuiz telah diadakan kepada Ahli LSBIM yang bertujuan untuk menguji kefahaman Ahli LSBIM berkenaan dengan Lembaga. Dengan cara ini boleh meningkatkan disiplin ahli dan meningkatkan keyakinan ahli untuk mempromosikan LSBIM kepada Sosial.
Terdapat juga Sesi Penyerahan Sijil Pelantikan kepada ahli tertinggi LSBIM iaitu kepada :
- Puan Alice Wong Kim Yoke : Naib Presiden Exco Eksekutif Dalaman
- Tuan Dylann Ng Heong Yoong: Naib Presiden Exco Pembangunan
- Tuan Foo Yaw Cheen: Naib Presiden Exco Perindustrian
- Puan Ginnie Liaw Geok Chin : Naib Presiden Exco Kewangan
- Tuan Tee Yen Chong: Naib Presiden Exco Antarabangsa
- Puan Angel Chow Yin Jye : Ketua Bahagian Keusahawanan, Bahagian Antarabangsa
- Tuan Quek Hai Soon : Ketua Bahagian Sektor Perkhidmatan, Bahagian Pinjaman
- Tuan Eugen Tan Ing Kiat : Ketua Bahagian Sektor Pembinaan, Bahagian pembangunan
ππππππππ ππππππ
ππππππππππ πππππ ππππππ
#LSBIM #MESYUARATJAWATANKUASALEMBAGA #4thQUARTERLYMEETING