LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM

AKTIVITI LSBIM [30] β€” 8 Jan 2024

Kunjungan Hormat ke Kedutaan Hungary di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 8 Januari 2024 - Kunjungan Hormat ke Kedutaan Hungary, Kuala Lumpur bagi menambahbaik pemahaman ahli lembaga berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kedutaan Hungary di Malaysia. Lawatan ke Kedutaan Hungary ini disambut baik oleh Tuan Gabor Kozma , Head of the Economic Section dan Tuan Sashvin Raj, Assistant of the Economic Section. Kedutaan ini berfungsi sebagai misi diplomatik mewakili kepentingan negera mereka di luar negara, pemahaman budaya dan pendidikan, perkhidmatan konsular, Komuniti Hungary di Malaysia dan banyak lagi.

Sepanjang sesi penerangan yang disampaikan, terdapat pelbagai input yang diterima terutamanya perkhidmatan Kedutaan Hungary biasa menyediakan perkhidmatan konsular kepada warganegara Hungary. Ia menjaga warga Hungary di Malaysia dengan sangat baik. Ini termasuk pemprosesan visa, pembaharuan pasport, bantuan dalam kes kecemasan dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan keperluan konsular. Selain itu, Kedutaan Hungary juga dapat menyediakan maklumat tentang budaya Hungary dan peluang pendidikan di negara tersebut. Kedutaan Hungary juga menawarkan biasiswa kepada Pelajar di Malaysia yang mahu menyambung Pelajaran di Hungary. Kebiasaannya, pelajar memilih untuk menyambung pelajaran di Hungary dalam bidang IT dan pemrograman, ini mungkin mencerminkan daya tarikan Hungary dalam bidang teknologi maklumat dan inovasi.

Tidak ketinggalan juga, wakil LSBIM, Presiden Kebangsaan, Dr. CM Kong dan Puan Alice wong Kim Yoke, Naib Presiden LSBIM sempat menerangkan profil organisasi dan aktiviti yang dijalan bagi membantu masyarakat. Tak lupa juga Kunjungan Hormat ini telah mendapat kata sepakat untuk bekerjasama antara LSBIM dan Kedutaan Hungary untuk segala acara dan program yang akan dilakukan selepas ini.

πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ
ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ π”ππ“π”πŠ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

#lsbim # Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia #EmbassyofHungary