LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM

AKTIVITI LSBIM [31] β€” 17 Jan 2024

Kunjungan Hormat ke MATRADE Malaysia

Kuala Lumpur , 17 Januari 2024 - Kunjungan Hormat ke Pejabat Matrade, Kuala Lumpur bagi menambahbaik pemahaman ahli lembaga berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Matrade Malaysia. Lawatan ke Pejabat Matrade ini sambut baik oleh Puan Norbilah Hussein @ Che Awang, Senior Manager, Services Development Unit, Puan Ng Mei Mei, Manager, Market Development Unit, dan Puan Sarah Johana Yusof, Pengurus Unit khidmat Nasihat Pengeksport. Matrade adalah sebuah agensi perdagangan luar kerajaan Malaysia. Peranan utamanya ialah membantu pengeksport Malaysia membangunkan dan mengembangkan pasaran eksport mereka. Matrade Mempunyai sebanyak 6 pejabat di Malaysia dan mempunyai sebanyak 49 pejabat di 38 Negara.

Sepanjang Sesi penerangan yang disampaikan, terdapat pelbagai input yang diterima terutamanya dalam aspek Geran. Seperti Matrade Malaysia menyediakan pelbagai program geran untuk membantu syarikat meningkatkan kapasiti eksport. Ia bertujuan membantu syarikat dalam pengembangan produk, pemasaran, dan peningkatan kemampuan eksport mereka. Selain itu, Geran ini juga bertujuan untuk Syarikat Malaysia terlibat dalam pameran Perdagangan Antarabangsa seperti Matrade menyediakan sokongan kewangan untuk syarikat yang ingin menyertai pameran perdagangan Antarabangsa. Geran ini boleh membantu dari kos penyertaan, perbelanjaan pameran, dan aktiviti promosi lain yang membantu syarikat mendapatkan pengiktirafan dan menarik pelanggan luar negara. Dalam aspek perdagangan pula, Matrade adalah agensi kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab untuk memajukan eksport dan memperluaskan pasaran luar negara untuk syarikat tempatan. Mereka menyediakan sokongan dalam pembangunan strategi pemasaran eksport, dan hubungan perdagangan antarabangsa. Matrade juga memainkan peranan dalam menguruskan penyertaan syarikat Malaysia dalam pameran perdagangan global dan memudahkan hubungan perdagangan dengan pelbagai negara.

Matrade Malaysia membantu syarikat-syarikat di Malaysia untuk perdagangan luar negara adalah dalam pelbagai aspek perdagangan luar negara termasuklah seperti Pameran Perdagangan. Ia memudakah penyertaan syarikat dalam pameran perdagangan antarabangsa untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka serta menjalinkan hubungan perniagaan dengan pembeli luar negara. Selain itu, Rundingan Perdagangan. Ia menyediakan sokongan dalam rundingan perdagangan antara syarikat Malaysia dengan rakan kongsi luar negara.

Tidak ketinggalan juga, wakil LSBIM, Presiden Kebangsaan, Dr. CM Kong dan Tuan William Siow wien liang, Ketua Bahagian Sektor Perkhidmatan, Bahagian Geran & Pinjaman sempat menerangkan profil organisasi dan aktiviti yang dijalankan oleh LSBIM bagi membantu masyarakat. Tak lupa juga kunjungan Hormat ini telah mendapat kata sepakat untuk bekerjasama dengan lebih rapat antara LSBIM dan Matrade Malaysia untuk segala acara dan program yang akan dilakukan pada masa akan datang dan juga LSBIM akan bekerjasama dengan Matrade bagi membantu Syarikat-syarikat di Malaysia yang ingik memperluaskan eksport perdagangan mereka ke Antarabangsa.

πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ
ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ π”ππ“π”πŠ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

#lsbim #lembagasumberbakatindustriMalaysia #MatradeMalaysia