LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM

AKTIVITI LSBIM [32] — 26 Jan 2024

Program Lawatan Kerjasama dan Pembangunan Belia Belt-and-Road China-ASEAN

Johor Bahru, 26 Januari 2024 - Satu Program Lawatan Kerjasama dan Pembangunan Belia Belt-and-Road China-ASEAN telah diadakan di Forest City, Johor Bahru, pada hari ini. Program China-ASEAN Belt and Road Youth Cooperation and Development Trip ini adalah satu kegiatan penting yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan pengembangan di kalangan pemimpin muda, khususnya dalam bidang akademik, politik, dan ekonomi. Program ini mewakili usaha kerjasama antara Tsinghua University Student Association of Belt and Road initiative (SABRI) and Tsinghua University Student Association of China-ASEAN (THUCA). Program ini telah berlangsung dari 21 Januari 2024 bermula di Jakarta, Indonesia, kemudian di Johor Bahru, Malaysia dan diakhiri di Singapura pada 31 Januari 2024. Jadual perjalanan termasuk lawatan syarikat, lawatan organisasi dan kerjasama universiti di lokasi-lokasi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan industri yang berwawasan dan memupuk kerjasama di masa hadapan.

Sasaran utama yang di fokuskan dari program ini adalah untuk memperkuat hubungan antara Asia Tenggara dan China dalam tiga aspek:

1.⁠ ⁠Akademik - program ini membantu menggalakkan pertukaran pendidikan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin muda dari China dan negara Asia. Selain itu, program ini berfungsi sebagai platform penting untuk memupuk kerjasama, persefahaman dan dialog antara universiti dan pemimpin muda di rantau ini serta berkongsi pengetahuan, penyelidikan dan sumber akademik untuk meningkatkan persefahaman bersama.
2.⁠ ⁠Pandangan Politik - program ini boleh mengeratkan hubungan diplomatik dan politik antara pemimpin muda dari China dan negara-negara Asia Tenggara dan menyediakan platform untuk dialog terbuka mengenai isu dan kebimbangan serantau yang penting. ia juga menggalakkan pemahaman bersama tentang sistem politik dan amalan tadbir urus untuk membina asas bagi kerjasama masa hadapan.
3.⁠ ⁠Hubungan Ekonomi - program ini dapat memperkukuh kerjasama ekonomi dan hubungan perdagangan antara Asia Tenggara dan China. selain itu dapat meneroka peluang pelaburan dan perkongsian perniagaan di kalangan usahawan muda dan membincang dasar dan strategi untuk meningkatkan integrasi ekonomi dan pembangunan mampan di rantau ini.

Program ini tertumpu pada tema inisiatif iaitu "one belt, one road" dengan memfokuskan 4 bidang iaitu:
1.⁠ ⁠Pembuatan
2.⁠ ⁠Industri Hijau
3.⁠ ⁠Inovasi Digital
4.⁠ ⁠Industri Pendidikan

Tidak ketinggalan juga kepada wakil LSBIM, Presiden Kebangsaan Dr. CM Kong dan Tuan Tee Yee Chong Naib Presiden, Exco Antarabangsa, sempat menerangkan profil and aktiviti LSBIM. Tidak Lupa juga kepada Wakil dari MBIP, Tuan Chang Swee Meng, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Wakil dari Forest City, Tuan Tee Jian Jin, Sales Development Manager, Forest City yang menyempurnakan program ini . Secara keseluruhan, Lawatan China-ASEAN Belt and Road Youth Cooperation and Development Trip ini berfungsi sebagai penggerak untuk membina hubungan komprehensif dan kolaboratif di kalangan pemimpin muda dalam bidang akademik, politik dan ekonomi.

𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

#lsbim #lembagasumberbakatindustrimalaysia #ForestCity #TsinghuaUniversity