LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM

AKTIVITI LSBIM [33] β€” 16 Feb 2024

Program Amal di Johor

Johor Bahru, Februari 16,2024 - Satu Program Amal telah berlangsung di dua lokasi di Johor, Malaysia, anjuran Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia (LSBIM). Lokasi pertama adalah Persatuan Kebajikan Kuan Yin Johor dan yang kedua adalah Persatuan Kebajikan Masyarakat OKU Johor.

Program ini bertujuan untuk menyokong dan menyumbang kepada kesejahteraan komuniti yang dijaga oleh organisasi ini. Pelbagai sumbangan telah diberikan kepada dua pertubuhan ini seperti dana, makanan dan barangan keperluan. Selain itu, terdapat perlbagai kelebihan dari program amal ini salah satunya seperti Membantu Masyarakat yang memerlukan. Program amal dapat memberikan bantuan langsung kepada mereka yang memerlukan seperti keluarga miskin, anak-anak yatim, atau orang-orang kurang upaya.

Oleh itu, Presiden Kebangsaan, Dr. CM Kong berterima kasih kepada ahli-ahli yang terlibat, dan kepada dua persatuan kebajikan ini dalam meluangkan masa bersama-sama dalam program ini . Dan tidak lupa juga berterima kasih kepada Puan Angel Chow Yin Jye, Ketua Bahagian Usahawanan, Bahagian Antarabangsa yang telah menjayakan Program amal ini.

πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ
ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ π”ππ“π”πŠ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

#lsbim #persatuankebajikankuanyin #persatuankebajikanmasyarakatOKUjohor
#charity #lembagasumberbakatindustrimalaysia

..