LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM

AKTIVITI LSBIM [37] β€” 9 MEI 2024

Kunjungan Hormat ke Tiong Nam Properties, Johor Bahru

Johor Bahru, 9 Mei 2024 - Kunjungan Hormat ke Tiong Nam Properties, Johor Bahru bagi menambahbaik pemahaman dan pengetahuan ahli Lembaga berkaitan perkhidmatan dan produk yang disediakan oleh Tiong Nam. Kunjungan ke Tiong Nam ini di sambut baik oleh pihak Tiong Nam yang terlibat. Kunjungan hormat ke Tiong Nam merupakan langkah penting dalam mengukuhkan hubungan antara Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia (LSBIM) dan Tiong Nam. Dalam konteks ini, lawatan ini bukan sahaja detik untuk menekankan kerjasama, tetapi juga untuk meneroka potensi kerjasama yang boleh memberi manfaat bersama bagi kedua-dua pihak.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk membina dan mengukuhkan perkongsian strategik antara LSBIM dan Tiong Nam. Salah satu matlamat utama adalah untuk membuka peluang kerjasama perniagaan yang lebih luas, baik dari segi perdagangan, pelaburan dan pembangunan projek bersama. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk meluaskan pemahaman tentang budaya, polisi dan produk yang ditawarkan oleh Tiong Nam. Melalui interaksi langsung dengan pengurusan syarikat dan lawatan ke kemudahan mereka, warga LSBIM boleh mendapatkan gambaran yang lebih mendalam tentang cara syarikat berfungsi dan mengenal pasti cara terbaik untuk bekerjasama pada masa hadapan.

Antara produk-produk yang disediakan oleh Tiong Nam adalah dari segi logistik, property, hotel, kilang dan banyak lagi. seperti perbincangan, Tiong Nam akan melancarkan Projek Baharu iaitu Hotel 1975 tidak lama lagi yang akan menfokuskan sebagai pusat pelancongan. Di dalam projek ini, LSBIM ditawarkan keistemewaan seperti menyewa kemudahan F&B di hotel tersebut.

Tidak ketinggalan juga, wakil LSBIM, President Kebangsaan, Dr. CM Kong dan William Siow Wien Liang, Ketua Bahagian Sektor Perkhidmatan, Bahagian Geran & Pinjaman sempat menerangkan profil LSBIM dan aktiviti yang dijalankan oleh LSBIM bagi membantu masyarakat. Kunjungan Hormat ini telah mendapat kata sepakat untuk bekerjasama dengan lebih rapat antara LSBIM dan Tiong Nam.

πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ
ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ π”ππ“π”πŠ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

#lembagasumberbakatindustrimalaysia #lsbim #tiongnam