LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM

AKTIVITI LSBIM [39] β€” 29 MEI 2024

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemerkasaan Pengurusan Pentadbiran Eksekutif Kali Ke-5

JOHOR BAHRU, 29 MEI 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemerkasaan Pengurusan Pentadbiran Eksekutif Kali Ke-5 telah usai dijalankan dengan lancar yang bertempat di Forest City, Johor Bahru.

Presiden Kebangsaan LSBIM, YBhg Dr. CM Kong mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa lembaga yang hadir ke mesyuarat terutamanya bagi ahli jawatankuasa lembaga yang baru. Beliau juga berasa bangga kepada ahli LSBIM kerana dalam kesibukan tugas rasmi di dalam perniagaan masing-masing tetapi masih ada ruang untuk mesyuarat LSBIM ini. Selain itu, Beliau juga berterima kasih dengan kerjasama dari pihak Forest City dalam menyediakan kemudahan yang lengkap sepanjang mesyuarat jawatankuasa khas ini berlangsung.

Mengulas lanjut, mesyuarat ini dapat menjadi platform baik dalam mengetengahkan idea, masalah dan penyelesaian selain menyatupadukan pendapat antara ahli jawatankuasa lembaga dalam memperkasakan matlamat LSBIM.

Antara Topik yang dibincangkan semasa mesyuarat berlangsung adalah berkaitan target LSBIM pada tahun 2024, yang terdiri daripada pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung sepanjang tahun 2024 dari Januari sehingga Mei. Program ini adalah bertujuan untuk menyediakan platform pengesahan yang cekap dan boleh dipercayai yang meningkatkan kepercayaan dan keselamatan dalam interaksi digital. Berdedikasi untuk menyampaikan penyelesaian mesra pengguna yang memperkasakan individu dan organisasi untuk mengesahkan identiti dan maklumat dengan yakin.

Terdapat juga sesi penyerahan Sijil Pelantikan untuk pelantikan baru bagi ahli jawatankuasa lembaga iaitu;

  • Tuan Ben Lum Kee Kok : Ketua Bahagian Sektor Perkhidmatan, Bahagian Perhubungan Tempatan Luar Negara.
  • Cik Alicia Tien Weei : Timbalan Naib Presiden, Exco Antarabangsa
Semoga pelantikan ini dapat memberi manfaat dan impak yang baru didalam LSBIM

πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ
ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ π”ππ“π”πŠ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

#lembagasumberbakatindustrimalaysia #lsbim