LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM

AKTIVITI LSBIM [7] — 15 Dis 2022

Lawatan ke Pembangunan Sumber Manusia Berhad

Kuala Lumpur, 15 Disember 2022 - Kunjungan Hormat ke Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corporation) bagi menambahbaik pemahaman ahli-ahli lembaga berkenaan perkhidmatan dan latihan yang disediakan oleh HRD Corporation. Tambahan lagi, ini bertujuan untuk mengetengahkan inisiatif-inisiatif LSBIM dalam meningkatkan produktiviti dan kemahiran bagi bakat-bakat di Malaysia. Dengan itu, LSBIM telah diberi kepercayaan untuk berkhidmat sebagai Penganjur Jurulatih (Trainer Organizer) dalam membantu HRD Corporation mempromosikan program-program latihan yang disediakan.

Kunjungan hormat ini disambut baik oleh Yang Berbahagia Datuk Ariff Farhan Doss, HRD Corp. Chief Operating Officer, Yang Berusaha Tuan Rony A. Gobilee, HRD Corp. Chief Strategy & Programmes Officer bersama wakil-wakil dari HRD Corporation yang diadakan di Wisma HRD Corporation. Semoga LSBIM dan HRD Corporation dapat bekerjasama rapat dalam memperkukuhkan bakat-bakat di Malaysia pada masa hadapan.

#lsbim #HRDCorp #kunjunganhormat

..