AKTIVITI LSBIM [9] — 10 Jan 2023
Perjumpaan Kunjungan Hormat Bersama Majlis Perwakilan Wilayah Jilin, Kerajaan China
Kuala Lumpur, 10 Januari 2023 - Perjumpaan kunjungan hormat bersama Majlis Perwakilan Wilayah Jilin, Kerajaan China yang bertujuan untuk memperkenalkan objektif Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia kepada Majlis Perwakilan Wilayah Jilin serta menambahbaik pemahaman terhadap misi ekonomi dan perdagangan wilayah Jilin, China kepada Ahli LSBIM.
Perjumpaan kunjungan hormat ini juga bagi membincangkan titik pertemuan antara LSBIM dan Majlis Perwakilan Wilayah Jilin, Kerajaan China untuk bekerjasama dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan ekonomi antara dua negara. Diakhir perbincangan, LSBIM dan Majlis Perwakilan Wilayah Jilin, Kerajaan China bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia menjalankan perniagaan dan berdagang serta mendapatkan sumber yang berkaitan dengan mudah di Negara China. Persetujuan ini juga menggalakkan dan membantu rakyat atau pedagang dari Negara China yang ingin menjalankan perniagaan dan berdagang di Malaysia serta boleh mendapatkan sumber yang berkaitan seperti pas pekerjaan dan permit melalui LSBIM di Negara Malaysia.
Perjumpaan kunjungan hormat yang bersejarah ini dihadiri oleh Puan Wang Hai Yan, Timbalan Pengarah Bahagian Kerjasama Jabatan Perdagangan Wilayah Jilin serta Ahli Lembaga Tertinggi LSBIM.
Semoga kerjasama yang dibina dapat berjalan seperti yang dirancang.
#LSBIM #MajlisPerwakilanWilayahJilin #Perjumpaanhormat