LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM

AKTIVITI LSBIM [7] — 15 Dis 2022

Lawatan ke Pembangunan Sumber Manusia Berhad

Kuala Lumpur, 15 Disember 2022 - Kunjungan Hormat ke Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corporation) bagi menambahbaik pemahaman ahli-ahli lembaga berkenaan perkhidmatan dan latihan yang disediakan oleh HRD Corporation. Tambahan lagi, ini bertujuan untuk mengetengahkan inisiatif-inisiatif LSBIM dalam meningkatkan produktiviti dan kemahiran bagi bakat-bakat di Malaysia. Dengan itu, LSBIM telah diberi kepercayaan untuk berkhidmat sebagai Penganjur Jurulatih (Trainer Organizer) dalam membantu HRD Corporation mempromosikan program-program latihan yang disediakan.

Baca Lagi (7) →
AKTIVITI LSBIM [6] — 1 Dis 2022

LSBIM dengan kerjasama APEXX E-Learning dalam program “Shopee Ultimate Mastermind 2”

PETALING JAYA, 1hb Disember 2022 – LSBIM dengan kerjasama APEXX E-Learning (M) Sdn. Bhd. mengadakan program yang diberi nama “Shopee Ultimate Mastermind 2” di Hotel Armada, Petaling Jaya. Program ini diadakan bagi tujuan membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana dalam mempelajari menggunakan aplikasi Shoppee dan Online Platform yang lain serta memberi galakan untuk menguasai penggunaan aplikasi ini dalam perniagaan dengan lebih efisien dan efektif. Tambahan pula, program ini memberi pendedahan berkenaan kaedah terbaik yang memberi keuntungan kepada syarikat melalui hasil jualan yang mencecah sehingga 8 digit sebulan dalam aplikasi Shoppee dan Online platform yang lain.

Baca Lagi (6) →
AKTIVITI LSBIM [5] — 17 Nov 2022

Lawatan ke MOSTI

PUTRAJAYA, 17 November 2022 - Kunjungan hormat ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk membincangkan faedah-faedah geran yang disediakan oleh MOSTI demi meningkatkan penggunaan teknologi dan inovasi serta menekankan kepada penyelidikan dalam kalangan masyarakat di Malaysia agar mampu membangunkan operasi perniagaan serta ekonomi negara.

Geran-geran atau dana yang disediakan oleh MOSTI tertumpu kepada pembangunan reka bentuk teknologi, proses atau produk yang berpotensi untuk menjana ekonomi negara dimana semua sektor industri layak untuk memohon.

Baca Lagi (5) →
AKTIVITI LSBIM [4] — 18 Okt 2022

Lawatan ke JTK Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 18 OKTOBER 2022 - Pihak Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia telah mengadakan lawatan ke Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor bagi menambahbaik pemahaman berkaitan pemindaan akta kerja 2022 dan mengetengahkan inisiatif pihak LSBIM dalam membantu menangani isu semasa mengenai kemudahan penginapan dan perumahan bagi pekerja terutamanya pekerja asing.

Lawatan disambut baik oleh Yang Berusaha Puan Syarifah Awang, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor bersama wakil JTK yang diadakan di pejabat Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor..


Baca Lagi (4) →
AKTIVITI LSBIM [3] — 27 Okt 2022

Lawatan ke PERKESO

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2022 - Kunjungan Hormat ke PERKESO untuk menjalinkan hubungan korporat dalam mempertingkatkan program-program yang berkaitan dengan keselamatan sosial terutamanya bagi yang bekerja sendiri.

Perbincangan lanjut yang melibatkan program-program seperti berikut juga turut dibahas ketika lawatan diadakan iaitu:

  1. Program SIP GIG
  2. Panduan Pendaftaran Akaun Pencari Kerja Portal Pekerjaan Myfuture Job
  3. Program Jamin Kerja-insentif penggajian
  4. Elaun mencari pekerjaan (EMP) - Bukan Pencarum

Baca Lagi (3) →
AKTIVITI LSBIM [2] — 21 Okt 2022

Majlis Menandatangani MOU Antara LSBIM Dengan Syarikat Rakan Kongsi

JOHOR BAHRU, 21 Oktober 2022 - Sekitar Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia dengan syarikat-syarikat tertentu yang telah berlangsung di Convention Centre, Paradigm Mall, Johor Bahru. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh YBhg Dr CM Kong yang mewakili LSBIM dan wakil-wakil dari syarikat-syarikat hebat di Malaysia.Objektif MOU ini adalah untuk menjalinkan kerjasama strategik antara LSBIM dengan syarikat-syarikat seperti yang tertera dalam meningkatkan kualiti perniagaan dan mewujudkan pekerjaan yang lebih baik.


Baca Lagi (2) →
AKTIVITI LSBIM [1] — 22 Sep 2022

Lawatan ke PERKESO

KUALA LUMPUR, 22 September 2022 - LSBIM-PERKESO Perbincangan berkaitan program-program untuk kebaikan pekerja-pekerja di Malaysia.

Perbincangan yang membawa kepada persetujuan untuk bekerjasama dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat dan majikan di Malaysia demi memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja terutamanya.

Baca Lagi (1) →