LEMBAGA SUMBER BAKAT INDUSTRI MALAYSIA

Aktiviti-Aktiviti LSBIM

AKTIVITI LSBIM [29] — 12 DIS 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemerkasaan Pengurusan Pentadbiran Eksekutif Kali Ke-4

JOHOR BAHRU, 12 DIS 2023 - Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemerkasaan Pengurusan Pentadbiran Eksekutif Kali Ke-4 telah usai dijalankan dengan lancar yang bertempat di Forest City, Johor Bahru. Presiden Kebangsaan LSBIM, YBhg Dr. CM Kong mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa lembaga yang hadir ke mesyuarat terutamanya bagi ahli jawatankuasa lembaga yang baru. Beliau juga berasa bangga kepada ahli LSBIM kerana .....

Baca Lagi (29) →
AKTIVITI LSBIM [28]— 22 Okt 2023

"PINKARNIVAL 2023" untuk Kesedaran Kanser Payudara

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2023 - 'PINKARNIVAL' - satu program untuk memberi kesedaran tentang bahaya kanser payudara kepada masyarakat. Program ini bertempat di KL Wellness City Bukit Jalil, pada 22 Oktober 2022 (AHAD) yang disempurnakan oleh Puan Linda,Ketua Bahagian Malaysia Tengah, Bahagian Pembangunan Wanita (LSBIM), Yang Berbahagia YB Theresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dan Yang Berusaha Jezzlyn Siu Cia Yee, Organizing Chairlady for Pinkarnival 2023 (Founder & Director for Sonobee Ultrasound).Pihak Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia (LSBIM) ingin mengucapkan jutaan terima kasih .....

Baca Lagi (28) →
AKTIVITI LSBIM [27] —20 Okt 2023

Seminar 'REIZE THE LOW COST FUNDING'

JOHOR BAHRU, 20 OKTOBER 2023 - 'REIZE THE LOW COST FUNDING', satu program yang memperkenalkan program program penjanaan pembiayaan kos rendah. Perasmian program ini telah diadakan pada 20 Oktober 2023 (JUMAAT), Bertempat di Xin Wan Chat Restaurant, Johor dan dirasmikan oleh Tuan Chang Swee Meng, Ahli majlis, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Jutaa terima kasih juga kepada Encik Nazim bin Tajuddin, Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang meluangkan masa untuk menghadiri program ini. Tujuan program di adakan bagi membantu para usahawan mendapatkan maklumat berkaitan untuk bantuan dana yang ditawarkan oleh bank tempatan......

Baca Lagi (27) →
AKTIVITI LSBIM [26] — 7-8 Sep 2023

Seminar di Johor Bahru

Johor Bahru, 07 - 08 September 2023 – Satu program ilmiah telah diadakan selama 2 hari bertempat di KSL Resort Hotel, Johor Bahru. Program yang bertajuk “Ensuring HR Compliance Excellence: Strategies for EPF, SOCSO & Income Tax Compliance” bagi hari pertama dan “The Art of Disciplinary Action: Strategies for Addressing Misconduct & Dismissal” bagi hari kedua telah diketuai oleh Ketua Bahagian Swasta, Bahagian Pendidikan LSBIM, Tuan YJ Lim. Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada majikan dan pekerja berkaitan pematuhan sumber manusia serta cabaran yang dihadapi dalam jabatan sumber manusia dan cara untuk mengatasinya .....


Baca Lagi (26) →
AKTIVITI LSBIM [25] — 9 Ogos 2023

Kunjungan Hormat ke SME Corporation (SMECorp)

Kuala Lumpur, 9 Ogos 2023 - Kunjungan Hormat ke SME Corporation Sdn Bhd bagi menambahbaik pemahaman ahli lembaga berkaitan perkhidmatan dan program yang disediakan oleh SME Corporation Malaysia. Sepanjang sesi pembentangan yang disampaikan oleh Tuan Czarif Chai, Pengarah Kanan, Bahagian Penyelarasan Program SME Corp. Malaysia, beliau menerangkan bahawa terdapat 9 program yang bakal dilaksanakan pada 2023 oleh SME Corp. Malaysia iaitu Business Accelerator Programme (BAP), Bumiputera Enterprise Enhancement Programme (BEEP), Galakan Eksport Bumiputera (GEB), SMEs to Global, Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), PRESTIGE, BizMe-Micro Connector, Inclusive SME Ecosystem (I-SEE), dan Minggu PMKS.

Sepanjang sesi penerangan yang disampaikan, terdapat pelbagai input yang diterima terutamanya bagi program SCORE. ......

Baca Lagi (25) →
AKTIVITI LSBIM [24]— 14 Jul 2023

Sesi Perkongsian Subsidi Kerajaan 2023

JOHOR BAHRU, 14 JULAI 2023 - Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia diwakili oleh Tuan William Siow, Ketua Bahagian Sektor Perkhidmatan, Bahagian Geran dan Pinjaman, telah menjadi tetamu kehormat di majlis perhimpunan pertengahan tahun JCI Johor Bahru. Majlis Perhimpuan pertengahan tahun JCI Johor Bahru yang bertemakan 80-90'an telah berjalan dengan lancar dan penuh meriah.

Bukan itu sahaja, wakil LSBIM, Tuan William Siow juga berkesempatan untuk berkongsi maklumat berkenaan geran dan pinjaman kerajaan 2023, dimana sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada usahawan tentang bagaimana subsidi ini boleh membantu perniagaan mereka untuk berubah dan berkembang.

Pihak LSBIM ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak JCI Johor Bahru kerana sudi menjemput wakil LSBIM untuk memberi sedikit perkongsian berkenaan geran dan pinjaman kerajaan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ahli-ahli JCI serta umum. Semoga terus maju jaya.

Baca Lagi (24) →
AKTIVITI LSBIM [23]— 24-25 Jun 2023

Sukan Badminton | Just In Badminton Cup 2023

JOHOR BAHRU, 24-25 JUN 2023 - Berlangsungnya Pertandingan Kejohanan Badminton bagi Piala Junior yang telah diadakan di Just In Sport Centre, Johor Jaya semalam.

Beberapa kategori yang dipertandingkan dibawah Piala Junior termasuklah kategori berseorangan campuran, berseorangan perempuan, berseorangan lelaki dan beregu lelaki telah mendapat sambutan hangat daripada pemain badminton yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar kawasan Johor Bahru. Pengarah program, Tuan Justin Lee Long Yeh, yang juga merupakan Ketua Bahagian Malaysia Selatan, Bahagian Belia & Sukan LSBIM, berasa bangga dengan semangat peserta badminton yang hadir dan berkata pertandingan ini secara tidak langsung membuka peluang kepada lebih ramai bakat dilahirkan serta berkemungkinan besar mampu menjadi pelapis yang bagus buat pasukan kebangsaan.

Baca Lagi (23) →
AKTIVITI LSBIM [22] — 13 JUN 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemerkasaan Pengurusan Pentadbiran Eksekutif Kali Ke-2

𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔, 𝟏𝟑 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑 – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemerkasaan Pengurusan Pentadbiran Eksekutif Kali Ke-2 telah usai dijalankan dengan lancar yang bertempat di Hotel Opero, Johor Bahru.

Presiden Kebangsaan LSBIM, YBhg Dr. CM Kong mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa lembaga yang hadir ke mesyuarat terutamanya bagi ahli jawatankuasa lembaga yang baru. Beliau juga berasa bangga kepada ahli LSBIM kerana dalam kesibukan tugas rasmi di dalam perniagaan masing-masing tetapi masih ada ruang untuk mesyuarat LSBIM ini.....

Baca Lagi (22) →
AKTIVITI LSBIM [21] — 29 Mei 2023

Kunjungan Hormat ke Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Cyberjaya, 29 Mei 2023 - Kunjungan Hormat ke Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn Bhd bagi memberi pendedahan kepada ahli lembaga berkaitan geran yang dapat membantu perniagaan kecil dan sederhana (PKS) dan program-program yang dijalankan oleh MDEC.

Tambahan lagi, kunjungan hormat ini telah mendapat kata sepakat untuk bekerjasama antara LSBIM dan MDEC dalam program pendigitalan dan program-program yang berkaitan.

Kunjungan hormat ini disambut baik oleh Tuan Sudhesh Suppiah, ketua Pusat Hubungan Pelanggan (Head, Client Contact Centre (CliC)). Semoga kunjungan hormat ini dapat memberi manfaat kepada kedua belah pihak dalam menawarkan perkhidmatan dan produk digital ....

Baca Lagi (21) →
AKTIVITI LSBIM [20] — 21 Mei 2023

Majlis “Hari Literasi Digital Johor”

Johor Bahru, 21 Mei 2023 - Bersempena dengan majlis perasmian Hari Literasi Digital Johor yang disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tuan Noorman bin Kamsani, Timbalan Setiausaha Agung merangkap Yang di-Pertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Negeri Johor, Pihak Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia (LSBIM) ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada para peserta, ibu bapa, dan tetamu kehormat yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada hari kejadian.

Majlis perasmian yang diadakan di Wisma PERKESO, Johor Bahru berlangsung dengan cukup baik dan meriah dengan kehadiran tetamu jemputan seperti Ahli Jawatankuasa MTPN, ahli Jawatankuasa LSBIM, ahli-ahli A.I.T.I serta ahli-ahli M.E.I. Tambahan lagi, seramai 11 orang pelajar dari tahap menengah dan pengajian tinggi mengikuti pertandingan akhir Literasi Digital Johor yang dianjurkan  .....

Baca Lagi (20) →
AKTIVITI LSBIM [19] — 28 Apr 2023

Program “Protection of Employer’s Right, Legalities, and Implications” 

Johor Bahru, 28 April 2023 - Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia Melalui Bahagian Pendidikan, Exco Eksekutif Dalaman telah melaksanakan program “Protection of Employer’s Right, Legalities, and Implications” bagi memberi pendedahan kepada majikan dan pekerja berkaitan pindaan akta kerja 1955.

Program perkongsian ilmu yang diadakan di KSL Resort Hotel pada 28 April 2023, Jumaat yang lalu ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari majikan dan pekerja di seluruh Malaysia.
Program ini diketuai oleh Perunding Sumber Manusia, Tuan Sean Lee dari InTalent Consulting Sdn. Bhd., sebagai penceramah bagi seminar berkaitan akta kerja (pindaan) 1955. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sumber manusia. Menurut Tuan Sean Lee, program ini perlu diadakan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para majikan dan pekerja tentang pengurusan sumber manusia yang melibatkan akta kerja (pindaan) 1955 ....

Baca Lagi (19) →
AKTIVITI LSBIM [18] — 10 Apr 2023

Kunjungan Hormat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Kuala Lumpur, 10 April 2023 - Kunjungan Hormat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi pendedahan kepada ahli lembaga tentang pengetahuan mengenai jenayah-jenayah rasuah di Malaysia melalui program "Taklimat & Dialog Antirasuah bersama Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia".

Tambahan lagi, kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian penuh berkaitan anti rasuah mengenai sumber bakat, pemerdagangan manusia, proses penangkapan serta prosiding penyiasatan yang dijalankan oleh pihak SPRM. Pihak LSBIM juga diberi peluang untuk melawat bilik temuduga, bilik lokap dan bilik kawad cam bagi kes-kes jenayah rasuah di SPRM.

Bukan itu sahaja, Pihak LSBIM juga berkesempatan memberi sedikit perkongsian mengenai latar belakang LSBIM dan penerangan .....

Baca Lagi (18) →
AKTIVITI LSBIM [17] — 4 Apr 2023

Kunjungan Hormat ke Kementerian Sumber Manusia (MOHR)

Putrajaya, 4 April 2023 - Kunjungan Hormat ke Kementerian Sumber Manusia yang diadakan di Pejabat Timbalan Menteri Sumber Manusia, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Parlimen Malaysia.

Dr. CM Kong mewakili Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia (LSBIM) bersama Wakil dari Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Sumber Manusia bagi mengetengahkan isu-isu semasa yang berkaitan pengguna dan sumber manusia.

Kunjungan hormat ini disambut baik oleh YB. Mustapha @ Mohd Yunus Bin Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Tuan Ahmad Farid Sainuri, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Timbalan Menteri Sumber Manusia serta wakil dari KSM ...

Baca Lagi (17) →
AKTIVITI LSBIM [16] — 20 Mac 2023

Kunjungan Hormat ke Iskandar Regional Development Authority (IRDA)

Johor Bahru, 20 Mac 2023 - Kunjungan Hormat ke Iskandar Regional Development Authority (IRDA) demi membincangkan perkhidmatan dan geran yang disediakan oleh IRDA seperti IMEG 3.0.

IRDA bervisi untuk menjadi metropolis yang kukuh dan mampan bertaraf antarabangsa, juga mengetengahkan fungsi dalam memudahkan pelabur antarabangsa melabur di Malaysia terutamanya Johor. Timbalan Presiden IRDA menekankan bahawa pelaburan yang amat digalakkan adalah pelaburan yang mampu menghasilkan nilai atau pekerjaan kepada warga tempatan.

Kunjungan hormat ini disambut baik oleh YBrs. Tuan Prakash Nagarajan, Timbalan Presiden IRDA bersama YBrs. Tuan Muhammad Mazby Ghazali, wakil dari Iskandar Regional Development Authority (IRDA) ....

Baca Lagi (16) →
AKTIVITI LSBIM [15] — 14 Mac 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemerkasaan Pengurusan Pentadbiran Eksekutif Kali Ke-1

KUALA LUMPUR, 14 MAC 2023 – Pertubuhan Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia (LSBIM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemerkasaan Pengurusan Pentadbiran Eksekutif Kali Ke-1 bertempat di Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang di sini. Presiden Kebangsaan LSBIM, YBhg Dr. CM Kong dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan ahli-ahli yang hadir di mesyuarat itu.

Dr. CM Kong mengucapkan rasa syukur kerana Persatuan LSBIM berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti dan program sepanjang awal tahun 2022 sehingga kini seperti mengadakan kunjungan hormat ke beberapa badan kerajaan Malaysia dan luar negara, majlis menandatangani memorandum persefahaman bersama syarikat-syarikat diMalaysia, program pembangunan insaniah, program pendidikan dan lain-lain ....

Baca Lagi (15) →
AKTIVITI LSBIM [14] — 14 Feb 2023

Kunjungan Hormat ke Talent Corporation Malaysia Berhad (Bahagian MyXPats)

Petaling Jaya, 14 Februari 2023 - Kunjungan Hormat ke Talent Corporation Malaysia Berhad, Bahagian MyXPats bagi membincangkan perkhidmatan yang disediakan seperti perkhidmatan pas pekerjaan yang dipecahkan kepada 3 bahagian serta perkhidmatan pas lawatan professional yang ditawarkan kepada bakat asing yang mempunyai kemahiran professional.

Selain daripada itu, kunjungan hormat ini juga bertujuan untuk mengetengahkan inisiatif-inisiatif TalentCorp dalam menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan mengikut kaedah terkini seperti permohonan secara atas talian bagi memudahkan urusan pemohon.

Baca Lagi (14) →
AKTIVITI LSBIM [13] — 14 Feb 2023

Kunjungan Hormat ke Jabatan Imigresen

Putrajaya, 14 Februari 2023 - Kunjungan Hormat ke Jabatan Imigresen, Bahagian Penguatkuasaan bagi meningkatkan kefahaman ahli-ahli lembaga berkenaan perkhidmatan yang terlibat seperti Rehiring 2.0 dengan lebih mendalam. Selain itu, kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengamati kerja-kerja bahagian penguatkuasaan, Jabatan Imigresen dalam melaksanakan operasi dan tangkapan, menjalankan siasatan, melaksanakan pendakwaan, mengutip kompaun dan pengusiran/penghantaran pulang tahanan.

Kunjungan hormat ini disambut baik oleh YBrs. Tuan Mohd Jasmi Bin Mohd Juwahir, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan bersama Tuan Megat, wakil bahagian penguatkuasaan yang diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen.

Baca Lagi (13) →
AKTIVITI LSBIM [12] — 13 Feb 2023

Seminar Akta Pekerjaan (Pindaan) 2022

Kuala Lumpur, 13 Feb 2023 - Seminar Akta Pekerjaan (Pindaan) 2022 anjuran Jabatan Pendidikan, Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia telah diadakan pada hari Isnin, 13 Februari 2023 di Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang. Seminar 1-hari ini bertujuan untuk mempromosikan pengetahuan mendalam mengenai Akta Pindaan Pekerjaan 2022 di kalangan majikan dan pengamal HR.

Akta Pindaan Pekerjaan 2022 telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2023. Pindaan 2022 ini merangkumi pelbagai semakan termasuk pengenalan baharu yang akan melibatkan majikan seperti pengaturan kerja fleksibel, peruntukan buruh paksa dan cuti paterniti. Pindaan ini juga menyaksikan peningkatan dalam elaun bersalin dan pengurangan waktu kerja dan pengembangan skop kelayakan kerja overtime dan peningkatan cuti kemasukan ke hospital. Penalti untuk kesalahan juga dinaikkan.

Baca Lagi (12) →
AKTIVITI LSBIM [11] — 12 Jan 2023

Kunjungan Hormat ke Talent Corporation Malaysia Berhad

Selangor, 12 Januari 2023 - Kunjungan Hormat ke Talent Corporation Malaysia Berhad bagi menambahbaik pemahaman ahli-ahli lembaga berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad dengan lebih mendalam seperti MyNext, TalentCorp, MyXpats, pas pekerjaan, pas pelajar, dan program internship dibawah Talent Corporation Malaysia Berhad. Tambahan lagi, kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengetengahkan objektif LSBIM dalam memperkukuhkan sistem pendidikan terutamanya latihan amali di Malaysia.

Baca Lagi (11) →
AKTIVITI LSBIM [10] — 11 Jan 2023

Majlis Menandatangani MOU antara LSBIM dan Guoann.com (Perhubungan Luar Negara)

Kuala Lumpur, 11 Januari 2023 - Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia (LSBIM) secara rasmi menjadi rakan kongsi strategik GUOANN.com.

Visi perusahaan dan pembangunan LSBIM dan GUOANN.com adalah sejajar, dan kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Kerjasama Strategik (MoU) bersama pada 11 Januari 2023.

Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Strategik (MoU) ini mewakili pengiktirafan berwibawa LSBIM terhadap keupayaan perkhidmatan GUOANN.com dalam bidang profesional ..

Baca Lagi (10) →
AKTIVITI LSBIM [9] — 10 Jan 2023

Perjumpaan Kunjungan Hormat Bersama Majlis Perwakilan Wilayah Jilin, Kerajaan China

Kuala Lumpur, 10 Januari 2023 - Perjumpaan kunjungan hormat bersama Majlis Perwakilan Wilayah Jilin, Kerajaan China yang bertujuan untuk memperkenalkan objektif Lembaga Sumber Bakat Industri Malaysia kepada Majlis Perwakilan Wilayah Jilin serta menambahbaik pemahaman terhadap misi ekonomi dan perdagangan wilayah Jilin, China kepada Ahli LSBIM.

Perjumpaan kunjungan hormat ini juga bagi membincangkan titik pertemuan antara LSBIM dan Majlis Perwakilan Wilayah Jilin, Kerajaan China untuk bekerjasama dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan ekonomi antara dua negara.

Baca Lagi (9) →
AKTIVITI LSBIM [8] — 03 Jan 2023

Kunjungan Hormat ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Cyberjaya, 03 Januari 2023- Kunjungan Hormat ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi menambahbaik pemahaman ahli-ahli lembaga berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh LHDNM dengan lebih mendalam seperti sistem e-SMUP dan EduZone. Bukan itu sahaja, kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengetengahkan inisiatif-inisiatif LSBIM dalam memperkukuhkan elemen pendidikan umum di Malaysia.

Kunjungan hormat ini disambut baik oleh Yang Berbahagia Puan Masita Samad, Penolong Pengarah Bahagian Profiling bersama wakil Bahagian Pendidikan LHDNM yang diadakan di Ibu Pejabat LHDNM, Menara Hasil. 

Baca Lagi (8) →